Pendidikan dalam kejuruteraan komputer Kejuruteraan komputer

Pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan komputer akan diajar mengenai asas dalam litar elektronik berkonsep analog dan digital. Mereka juga akan diajar ilmu-ilmu dalam bidang sains komputer seperti bahasa pengaturcaraan, struktur data, merekabentuk perisian dan sistem rangkaian. Pendidikan ini penting bagi menyediakan pelajar yang berkemahiran dalam teori dan amali.[2]

Bahasa pengaturcaraan

Rencana utama: Bahasa pengaturcaraan
Contoh bahasa pengaturcaraan dalam Java.

Bahasa pengaturcaraan merupakan pendidikan paling teras dalam kejuruteraan komputer. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa diguna sekarang seperti C++, PHP, MySQL dan juga HTML. Bahasa pengaturcaraan ini penting kerana ianya akan memberi isyarat atau arahan kepada sistem mikropemproses tentang apa yang perlu dilakukan dalam sebuah alat peranti elektronik digital.[3]

Kebiasaannya, jurutera dalam bidang kejuruteraan komputer akan menyiapkan carta alir mengenai aturcara yang akan mereka buat. Carta alir ini mengandungi proses-proses yang akan dilakukan serta sedikit latar belakang mengenai bahasa aturcara yang akan mereka gunakan.

Struktur data

Rencana utama: Struktur data

Struktur data digunakan untuk menyusun data-data di dalam sistem mikropemproses secara tersusun dan teratur. Ini akan memudahkan sistem mikropemproses memproses data-data dengan cekap dan efisyen. Struktur data yang baik ialah apabila sistem mikropemproses menggunakan sedikit sahaja memori untuk melaksanakan sesuatu proses yang telah diarahkan oleh bahasa pengaturcaraan.[4]

Reka bentuk perisian

Kebanyakkan peranti elektronik pada masa kini menggunakan konsep digital. Oleh itu, sesebuah perisian amat penting bagi peranti elektronik tersebut. Perisian bertindak sebagai perantaraan di antara pengguna dan peranti elektronik itu. Pengguna membuat pilihan melalui perisian tersebut dan perisian akan menghantar segala arahan yang sudah diterima ke sistem mikropemproses untuk melakukan tindakan selanjutnya.

Untuk membuat perisian, bahasa pengaturcaraan sangat diperlukan. Perisian yang baik ialah perisian yang mesra pengguna serta tidak menghantar banyak arahan kepada sistem mikropemproses untuk proses yang mudah.

Sistem rangkaian

Rencana utama: Rangkaian komputer
Sistem rangkaian di dalam perpustakaan.

Sistem rangkaian amat berguna bagi sesebuah organisasi yang mempunyai ramai pekerja dan memerlukan penggunaan atas talian untuk memberitahu pengumuman serta tugas-tugas kepada pekerja lain. Bagi mereka yang mengambil kejuruteraan komputer, mereka dikehendaki mempunyai pengetahuan meluas dalam menyediakan sistem rangkaian komputer-komputer supaya sistem rangkaian ini dapat berjalan dengan baik serta mempunyai kawalan keselamatan yang kukuh.